Pages

Tuesday, May 25, 2010

kempen galakan membaca...
















tiga buah novel ni baru me beli tadi. kebetulan KDN menganjurkan kempen galakan membaca khusus untuk kakitangannya. buku ini merupakan trilogi bagi bulan mei 2010. masih tak dibaca lagi tapi me nak tulis sinopsis buku-buku nie untuk tatapan semua pengunjung blog me...

1) Ilusi Hati karya Haiza Najwa

Tulisan takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmin terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipandu merempuh sebuah kereta lain. Akibatnya, pemandu itu juga koma sepertinya.

Sesuatu yang ghaib terjadi...

Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine berbicara dengan bayangan seseorang. Mereka saling bertelepati memberi ucapa semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing. Lalu, tercipta ikrar untuk bertemu sesudah sedar daripada koma.

Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari jejaka yang kini muncul pula dalam lenanya. Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yang diseru sebagai joshua.

Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri. Seluruh jiwanya luluh.

2) Rindu Tercipta karya Liyana Zahim

Saat Anis mengumpul sejuta semangat untuk terus bertahan setelah kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan simpati. Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya.

Ceritera hidupnya bermula tatkala mengenai Hykal. Mana tahu lelaki yang dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya. Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal.

Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari. Hykal disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri.

Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim. Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini.

3) Wangian Kasih karya Mahmud Eddie

Amin pasrah siapa dirinya. Anak angkat kepada sepasang suami isteri yang baik hati yang telah banyak mendidiknya menjadi insan yang bertakwa. Akibat desakan hati yang mahu mengenali ibu bapa sebenar, dia nekad menjejaki mereka di bandar. Mencari pekerjaan hanyalah alasan untuk membaiki ekonomi diri.

Bekerja di syarikat pembinaan, milik Datuk Jamalul telah menerbitkan rasa bendi di hati Safika. Hati gadis itu sakit kerana dialah yang hampir melanggar Amin. Dianggapnya lelaki itu sengaja menempah maut, sedangkan Amin sebenarnya mahu menyelamatkan seorang wanita tua daripada dilanggar oleh gadis itu.

Bulan berganti bulan, Amin mengalami jalan buntu mencari ibu bapa kandungnya, sedangkan dia sudah banyak termakan budi dengan Datuk Jamalul dan dirinya terus dibenci oleh Safika.

Haruskah dia berhenti berharap dan menganggap bahawa mereka sudah tiada di muka bumi ini? Dan, perlukah dia kembali ke pangkuan keluarga angkatnya yang mengharapkan kepulangannya? Namun, wangian kasih terhadap insan-insan ini masih mekar di hatinya.




Novel nie, me penah beli sebelum ni. tapi tertinggal dalam troli coldstorage kat alamanda, putrajaya. oleh kerana ada potongan & kawan2 di facebook pun banyak cerita kata novel ni best & oleh kerana me pun nak melengkapkan koleksi dari Damya Hanna, maka tadi me belilah novel ini.

Ilham Hati karya Damya Hanna

Rian sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, disaat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.

Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?



Novel nie me beli setelah bertanya kepada adik yang bertugas di booth CESB. adik tu kata novel nie best tak sedih, so me beli ajelah... kalau sedih takut me tenggelam dalam emosi... mau banjir nanti bilik me...

Tiada Noktah Cinta karya Shahzy Hana

Aku kehilangan cinta demi kasih yang tidak ternilai. Kau kehilangan cinta kerana terasa diperdayakan. Lantas dalam sendu yang masih bersisa, kita diikatkan dalam satu ikatan yang amat suci. Setelah lafaz termeterai, dalam pasrah aku serahkan jiwa ini hanya untukmu. Namun, tahukah kau betapa pedih luka di hati tatkala kau mengakui si dia masih bertakhta di hatimu? Aku tahu kau terseksa. Tahukah kau aku juga menderita? Di hujung derita itu, aku tahu kita berdua serupa. Berkorban dan berkorban demi orang yang paling dicintai... paling dikasihi. Haikai Hakimi... Sara Ellyssa... dua jiwa tersandar kepiluan. Masihkah ada cahaya menyuluh jalan alam rumah tangga yang baru dilafazkan?









No comments:

Post a Comment