Pages

Tuesday, June 15, 2010

aktiviti 5S


Rumaizi yang sedang sibuk memasukkan segala cable peralatan komputer ke dalam sarung khas yang disediakan


me - sempat ber'peace' waktu sedang sibuk menyusun atur cable di bawah meja kaunter si Peter


Nurul - acah2 jer tue... nak bergambar jer sebenarnya


Sunday, June 6, 2010

5S

POLISI - AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI (5S)

BAHAGIAN KAWALAN PENAPISAN FILEM & PENGUATKUASAAN

Membudayakan Amalan 5S ke arah persekitaran kerja yang selamat, selesa dan bersih serta menggalakkan suasana kerja yang berdisplin, ceria dan dedikasi dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan Bahagian Kawalan Penapisan Filem & Penguatkuasaan.

MOTTO - 6C KEARAH PERKHIDMATAN BERKUALITI

OBJEKTIF AMALAN 5S BKF

- Menjadikan Amalan 5S sebagai budaya kerja berterusan
- Memupuk kerjasama dan setiakawan di kalangan warga BKF
- Meningkatkan kualiti, produktiviti dan profesionalisme di kalangan warga BKF
- Memastikan pengurusan Amalan 5S yang cekap dan berkesan bagi mencapai cita-cita kualiti di tempat kerja seperti berikut:
* Persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas dan selamat
* Pengurusan operasi organisasi menjadi mudah, cekap dan selamat
* Pengurusan stor dan dokumen yang lebih berkesan
* Penggunaan ruang kerja yang optimum
* Peningkatan kecekapakan sistem penyampaian; dan
* Peningkatan imej korporat organisasi

APA ITU 5S

5S merupakan satu amalam budaya dalam masyarakat Jepun. Mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1986 dan telah diamalkan dengan jayanya di sana. Amalan ini kemudiannya dipraktikkan di Malaysia, Thailand, Korea, China, India, Indonesia, sri Lanka, Rusia, Hungary, Poland, Bulgaria, Colombia, Uruguay, Brazil, Costa Rica dan Mexico.

5S ialah singkatan kepada perkataan Jepun iaitu:

SEIRI ertinya SISIH
SEITON ertinya SUSUN
SEISO ertinya SAPU
SEIKETSU ertinya SERAGAM
SHITSUKE ertinya SENTIASA AMAL

Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti secara berterusan.


7 SEBAB 5S POPULAR

1. Persekitaran tempat kerja lebih bersih, kemas dan tersusun
2. Tempat kerja lebih selamat
3. Hasilnya mudah dilihat oleh semua orang
4. Menjana pemikiran kreatif kakitangan
5. Meningkatkan disiplin secara semulajadi
6. Kakitangan berbangga dan menghargai tempat kerjanya
7. Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan agensi
8. Proses pencarian menjadi lebih mudah dan pantas dalam melaksanakan kerja

AMALAN 5S - SEIRI / SISIH

Menyisihkan dan membuang barang / dokumen yang tidak perlu di tempat kerja
- Asingkan barang / dokumen mengikut keadaan dan keperluan
- Gunakan sistem Kad Pembuangan seperti berikut :
HIJAU - Buang / Sisih
KUNING - Tidak Pasti
MERAH - Simpan
- Patuhi prosedur yang sedang berkuat kuasa bagi penyisihan barang / dokumen yang perlu dilupuskan

(KATA KUNCI - KENAL PASTI BARANG YANG TIDAK PERLU)

AMALAN 5S - SEITON / SUSUN

Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas. mudah diambil dan disimpan semula
- Ikut kaedah 'Masuk Dulu Keluar' (First In First Out) untuk menyimpan sesuatu
- Wujudkan tempat khas untuk sesuatu barang dengan jelas
- Semua barang dan tempatnya mesti ditunjuk dengan label yang jelas
- Letakkan barang di tempat yang mudah dilihat dan mudah dikesan
- Letakkan barang di tempat yang mudah diambil dan disimpan semula
- Asingkan peralatan eksklusif dengan peralatan biasa
- Peralatan yang kerap diguna, diletakkan berhampiran dengan pengguna

(KATA KUNCI - TEMPAT UNTUK SETIAP BARANG, DAN SETIAP BARANG DI TEMPATNYA)

AMALAN 5S - SEISO / SAPU

Membersih tempat kerja dan peralatan pejabat dengan rapi supaya bebas dari kekotoran
- Amalkan SEISO 5 - 10 minit setiap hari
- Tugaskan penjaga bagi setiap peralatan / ruang (ownership)
- Gabungkan aktiviti pembersihan dengan pemeriksaan

(KATA KUNCI - MEMBERSIH DAN MEMERIKSA)

AMALAN 5S - SEIKETSU / SERAGAM

Mengamalkan Seisi, Seiton dan Seiso secara berterusan
- Wujudkan peraturan / etika untuk dipatuhi
- Lekatkan peraturan / etika pada peralatan / ruang yang digunakan bersama

(KATA KUNCI - CARA TERBAIK UNTUK MELAKSANAKAN SESUATU)

AMALAN 5S - SHITSUKE / SENTIASA AMAL

Mendisiplinkan diri supaya sentiasa mempraktikkan Amalan 5S di tempat kerja
- Sentiasa mematuhi peraturan / etika yang disediakan sehingga menjadi budaya di tempat kerja
- Sentiasa bekerjasama
- Sentiasa berfikiran positif
- Jadikan diri sebagai warga BKF yang berimej tinggi

(KATA KUNCI - TABIAT UNTUK MEMATUHI PERATURAN YANG DITETAPKAN)

PERATURAN 5S

SENTIASA AMAL - SAPU
- SERAGAM
- SUSUN
- SISIH

EMPAT FAKTOR KEJAYAAN ALAMAN 5S

- Sokongan dan komitmen berterusan dari pengurusan atasan
- 5S bermula dengan kesedaran, latihan, pemantauan dan penilaian
- Semua orang mengamalkannya dan tiada siapa yang memerhati sahaja
- Ulangi putaran 5S untuk mencapai tahap yang tinggi dan menjadikannya budaya

KESAN AMALAN 5S

- Tempat kerja lebih bersih, kemas, selamat dan selesa
- Menjana pemikiran kreatif
- Meningkatkan disiplin, kecekapan dan produktiviti
- Memupuk semangat kerja berpasukan
- Mengurangkan pembaziran
- Menjimatkan masa pencarian dokumen; dan
- Membina budaya berkualitit

6 LANGKAH KE ARAH PELAN PELAKSANAAN PROGRAM 5S

1. Persediaan
2. Pelancaran rasmi oleh pihak pengurusan tertinggi
3. Gotong royong oleh semua pegawai dan kakitangan
4. Permulaan SISIH
5. Amalan SISIH, SUSUN, SAPU & 2S akhir
6. Audit 5S

Wednesday, May 26, 2010

cenderahati...



Filem bergenre seram ini memaparkan kejelekkan sifat manusia yang lupa diri menggunakan ilmu yang dituntut, agama yang dianuti untuk kemahuan diri, mengikut tuntutan hawa nafsu melakukan perkara keji, jelek hanya kerana tuntutan nafsu duniawi.

Akibat gagal mengawal diri, ilmu tinggi yang dituntut tidak mampu menjadikan Amy lakonan Suhaila Salam manusia yang berguna lantas menjadi anak derhaka.

Amy menjadi umat yang mensia-siakan diri. Bukan hanya Amy, malah dia mencalitkan dosa dan noda kepada rakan-rakan dan sesiapa yang mendampinginya.

Lantas dunia adalah segala-gala baginya, walaupun pasti masuk neraka. Tiada beza bagi Amy kerana merasakan dunia dia yang punya.

Akibat dosa yang terpalit, rahsia terbongkar, maruah diri dihina. Amy menjadi tuan pada diri, menjadi hakim pada diri, ambil nyawa sendiri dengan membunuh diri.

Demikian sedikit sinopsis yang dapat diceritakan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, jangan lupa saksikan filem 2 Alam pada 8 Mei ini di pawagam berhampiran anda.

Sambung Baca di:
http://anizyn.blogspot.com/2010/05/sinopsis-filem-dua-2-alam-dr-rozmey.html#ixzz0p1ksTIqd

Sinopsis filem 2 alam me perolehi daripada laman sesawang anizyn.blogspot.com... tujuan me n3 sinopsis ini adalah kerana me nak tunjukkan cenderahati yang me terima ... me jaga kaunter hari ni, syarikat tersebut buat bayaran tambahan untuk filem 2 alam, so dia bagi me dan kawan2 di kaunter cenderahati ini...

manakala watak ironman 2 pula diberikan oleh Mr. Viking... me just terima jer...

Tuesday, May 25, 2010

kaunter...

hari ni (26/5/2010) hingga jumaat (4/6/2010) me kena jaga kaunter di Bahagian Kawalan Penapisan Filem & Penguatkuasaan bagi menggantikan kawan me yang bercuti untuk sambutan hari gawai di Sarawak... banyak yang boleh me ceritakan di sini, tetapi me tak boleh nak cerita lebih2 kerana menyalahi peraturan pentadbiran... nanti tak pasai2 me dapat surat cinta dari pengurusan... hehehe... apa pun me akan cuba mengupdate diari ini dengan sekerap yang mungkin...

see u when i see u...

novel baru lepas didenda...



Ini merupakan empat novel terbaru yang me beli selepas pesta buku antarabangsa kuala lumpur 2010. sebelum ni me didenda oleh pakcik sebab me dah beli novel lebih dari had yang sepatutnya... pakcik tue limitkan 10 buah je tapi me beli sampai 18 buah... so me didenda tak boleh beli novel selama sebulan... sepatutnya 27hb nie baru tamat tempoh denda tetapi dek kerana kepakaran me memujuk, pada 22hb (sabtu) me dapat beli 4 buah novel nie... terima kasih sayang, awak memang memahami minat saya...

baju baru...

Semalam me keluar dengan pakcik tue... then me cakap dengan dia, me ada tiga helai kain batik yang takde padanan tuk jadikan baju. mcm nie lah lebih kurang dialognya... (waktu tue dalam kereta)

me: yang sy ada tiga helai kain, tapi takde kain nak buat baju...
pakcik: habis tue?
me: ingat nak p beli kat nagoya...
pakcik: jumaat nanti jelah, awak pun nak balik kg jugakkan...
me: takpelah kalau macam tue...

tak lama kemudian...

pakcik: awak nak beli kain tu hari nie ke?
me: ikut awak ler... kalau awak senang hari nie... tapi sy tak keluar duit lagi...

then pakcik pun terus melencongkan keretanya ke arah yang telah me tahu arah tujuannya ke mana...

me: saya tak keluar duit lagi yang...

Then pakcik pun berhentikan keretanya di depan kedai kain tue... dia hulurkan RM50 sebab me cakap kain tu harganya RM10 semeter... murah jer, kain cottan jer... then, pilih demi pilih, inilah kain yang me beli dengan harga RM12.80 semeter... rupanya hari tue ada diskaun pasal tue harganya RM10 semeter....


kain nie me beli waktu me jadi urusetia kursus penggunaan senjata api di LISRAM, Langkawi. kalau me tak salah tahun 2008. baru semalam me beli kain tuk jadikan baju... sebenarnya baju ni waran krim... tapi ntah kenapa gelap kot, pasal tue tak jelas sangat warna baju nie...


Kain ni pulak me beli kat teluk intan. waktu tue me dengan family tengah shopping barang2 tuk kenduri kahwin adik bongsu me... kononnya nak jadikan pakaian tuk majlis kenduri tue... tapi tak jadi sebab dah pilih warna tema lain plak... kain ni jugak ada padanan bajunya... tapi me rasa tak sesuai... so, bajunya nanti akan me cari kain lain tuk jadikan sepasang baju...


Kain batik ni pulak me beli di kelantan. waktu tue me jadi urusetia juga untuk bengkel penambahbaikan Akta Pencetakan Teks Al-Quran. tahun lepas rasanya... sebenarnya me nak bagi mak me. tapi me tengok lama sangat kat almari, jadi me ambil ler semula jadi hak me sendiri. terukkan me nie.. tapi me dah ganti kain ni dengan batik sutera tuk mak me... tak mahal mana pun... RM 200 jer sepasang... itu jer yang mampu me beli tuk mak me...

























kempen galakan membaca...
















tiga buah novel ni baru me beli tadi. kebetulan KDN menganjurkan kempen galakan membaca khusus untuk kakitangannya. buku ini merupakan trilogi bagi bulan mei 2010. masih tak dibaca lagi tapi me nak tulis sinopsis buku-buku nie untuk tatapan semua pengunjung blog me...

1) Ilusi Hati karya Haiza Najwa

Tulisan takdir ada kala terlalu kejam suratannya. Jasmin terlantar koma setelah terbabit dalam nahas jalan raya. Kereta yang dipandu merempuh sebuah kereta lain. Akibatnya, pemandu itu juga koma sepertinya.

Sesuatu yang ghaib terjadi...

Dalam keadaan di bawah sedar, Jasmine berbicara dengan bayangan seseorang. Mereka saling bertelepati memberi ucapa semangat demi mendepani dugaan hebat itu. Hingga menyusup naluri rindu meresapi hati masing-masing. Lalu, tercipta ikrar untuk bertemu sesudah sedar daripada koma.

Jasmine tidak memungkiri janji. Dicari jejaka yang kini muncul pula dalam lenanya. Tanpa diketahui bahawa bayang-bayang itu sebenarnya pemandu yang dirempuh hingga koma, yang diseru sebagai joshua.

Kala bertemu, Joshua sudah menjadi milik wanita lain... sahabatnya sendiri. Seluruh jiwanya luluh.

2) Rindu Tercipta karya Liyana Zahim

Saat Anis mengumpul sejuta semangat untuk terus bertahan setelah kematian ibunya, Azizah... hadir insan lain menghulurkan simpati. Ternyata, kasih seorang sahabat seperti Qistina tiada hadnya.

Ceritera hidupnya bermula tatkala mengenai Hykal. Mana tahu lelaki yang dianggap seperti abang kandung itu menjadi cinta pertamanya. Bagi Anis, kasihnya terhadap Hykal setinggi langit. Tiada orang lain lagi sebelum dan selepas Hykal.

Namun, takdir TUHAN merubah perjalanan hari. Hykal disahkan menghidap penyakit kronik. Betapa segala harapan cintanya musnah buat Anis. Setiap derita ditanggung sendirian. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri.

Saat mengusir lara, hadir Zerril ingin memulihkan rasa kecewa yang bermukim. Namun, bukan senang untuk meraih hati Anis... Kalau tidak kerana sahabat, Zerril tidak akan berkorban sejauh ini.

3) Wangian Kasih karya Mahmud Eddie

Amin pasrah siapa dirinya. Anak angkat kepada sepasang suami isteri yang baik hati yang telah banyak mendidiknya menjadi insan yang bertakwa. Akibat desakan hati yang mahu mengenali ibu bapa sebenar, dia nekad menjejaki mereka di bandar. Mencari pekerjaan hanyalah alasan untuk membaiki ekonomi diri.

Bekerja di syarikat pembinaan, milik Datuk Jamalul telah menerbitkan rasa bendi di hati Safika. Hati gadis itu sakit kerana dialah yang hampir melanggar Amin. Dianggapnya lelaki itu sengaja menempah maut, sedangkan Amin sebenarnya mahu menyelamatkan seorang wanita tua daripada dilanggar oleh gadis itu.

Bulan berganti bulan, Amin mengalami jalan buntu mencari ibu bapa kandungnya, sedangkan dia sudah banyak termakan budi dengan Datuk Jamalul dan dirinya terus dibenci oleh Safika.

Haruskah dia berhenti berharap dan menganggap bahawa mereka sudah tiada di muka bumi ini? Dan, perlukah dia kembali ke pangkuan keluarga angkatnya yang mengharapkan kepulangannya? Namun, wangian kasih terhadap insan-insan ini masih mekar di hatinya.




Novel nie, me penah beli sebelum ni. tapi tertinggal dalam troli coldstorage kat alamanda, putrajaya. oleh kerana ada potongan & kawan2 di facebook pun banyak cerita kata novel ni best & oleh kerana me pun nak melengkapkan koleksi dari Damya Hanna, maka tadi me belilah novel ini.

Ilham Hati karya Damya Hanna

Rian sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.

Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, disaat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.

Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?



Novel nie me beli setelah bertanya kepada adik yang bertugas di booth CESB. adik tu kata novel nie best tak sedih, so me beli ajelah... kalau sedih takut me tenggelam dalam emosi... mau banjir nanti bilik me...

Tiada Noktah Cinta karya Shahzy Hana

Aku kehilangan cinta demi kasih yang tidak ternilai. Kau kehilangan cinta kerana terasa diperdayakan. Lantas dalam sendu yang masih bersisa, kita diikatkan dalam satu ikatan yang amat suci. Setelah lafaz termeterai, dalam pasrah aku serahkan jiwa ini hanya untukmu. Namun, tahukah kau betapa pedih luka di hati tatkala kau mengakui si dia masih bertakhta di hatimu? Aku tahu kau terseksa. Tahukah kau aku juga menderita? Di hujung derita itu, aku tahu kita berdua serupa. Berkorban dan berkorban demi orang yang paling dicintai... paling dikasihi. Haikai Hakimi... Sara Ellyssa... dua jiwa tersandar kepiluan. Masihkah ada cahaya menyuluh jalan alam rumah tangga yang baru dilafazkan?